Saturday, September 8, 2012

Mukadimah

Salam pembuka bicara.

Laman ini dibuat adalah untuk mencari kelainan dalam mengkspresikan perasaan di dalam diri ini. 

Selain untuk menggambarkan yang fantasi. Menghidupkan imaginasi. Seolah-olah untuk menidakkan yang realiti. 

Pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling kita. Sama ada yang sedar ataupun tidak. Sama ada yang diimpikan ataupun tidak. Sama ada yang dikongsikan ataupun tidak. 

Intihanya, laman ini menjadi sebuah medan di mana kita berkongsi realiti kehidupan dengan cara berfantasi. 

Fantasikan realiti. Realitikan fantasi.